Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai medium perkongsian maklumat teknik kreatif, unggul dan pragmatik pengurusan kewangan yang dipelopori oleh Encik Aziz Ibrahim CFP. Pada masa yang sama, blog ini akan mewar-warkan bengkel Revolusi Kewangan yang akan diadakan.

Sunday, April 22, 2007

Soalan Yang Sering Di Tanya?

i. Perlu ke hadiri bengkel? Kalau nak jumpa dengan Encik Aziz terus, tak boleh ke?

Perlu, kerana Bengkel Pengurusan Kewangan Aziz Ibrahim CFP adalah satu langkah permulaan untuk memahami konsep dan idea tentang program ini .

Pendekatan dan teknik pengurusan kewangan yang digunapakai oleh En. Aziz sendiri adalah sesuatu yang unik dimana hanya beliau sendiri yang boleh menerangkan secara detail jika terdapat pertanyaan berkenaan model tersebut. Maka di sini bengkel tersebut memainkan peranan penting.

Tujuan diadakan bengkel tersebut ialah supaya konsep yang akan diguna pakai ini akan difahami oleh setiap pelanggan Encik Aziz kelak. Ianya juga bertujuan untuk memudahkan urusan/kerja bagi semua pihak kelak. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk berjumpa terus dengan Encik Aziz sebelum menyertai mana-mana bengkel yang diadakan.

iii. Kalau pergi ke bengkel, apa yang saya dapat?

Jawapan pada soalan ini amatlah mudah iaitu ILMU PENGURUSAN KEWANGAN SECARA EFEKTIF.