Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai medium perkongsian maklumat teknik kreatif, unggul dan pragmatik pengurusan kewangan yang dipelopori oleh Encik Aziz Ibrahim CFP. Pada masa yang sama, blog ini akan mewar-warkan bengkel Revolusi Kewangan yang akan diadakan.

Monday, April 30, 2007

Kenapa Perlu Ada Perancangan Kewangan?

  • Apabila kita memiliki lebih daripada satu kad kredit dan hanya mampu membayar 5% daripada jumlah yang digunakan
  • Tiada simpanan yang dapat dilakukan atau menyimpan kuranga daripada 10% gaji anda setiap bulan
  • Tiada simpanan untuk pelajaran anak-anak anda
  • Tiada simpanan untuk kecemasan
  • Terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung belanja / bayar hutang
  • Belanja tanpa kawalan rapi

Siapa Patut Hadir?

  • Mereka yang ingin bebas dari belenggu hutang
  • Mereka yang berhutang dan tidak tahu cara terbaik untuk membayarnya
  • Mereka yang bakal mendirikan rumahtangga & menghadapi masalah budget
  • Mereka yang suka berbelanja tanpa menjejaskan simpanan
  • Mereka yang ingin menggandakan simpanan
  • Mereka yang dikenakan CCRIS / CTOS
  • Mereka yang ingin hidup senang tanpa perlu bekerja keras i.e. bekerja lebih masa / berniaga
  • Mereka yang mempunyai wawasan dan ingin mengetahui teknik pengurusan kewangan yang efektif dan kreatif

STRUKTUR PROGRAM BERSAMA AZIZ IBRAHIM CFP


Testimonial

FaisalMN Shah Alam, Selangor

Saya telah memulakan program ini bermula pada 1 Oktober 2006 yang lalu. Sebelum - Tiada simpanan bulanan, tiada wang dlm kecemasan yg ada hanyalah Kredit Kad yg semakin habis digunakan. Sy juga ada membuat PL utk beberapa tujuan dan kini menanggung pembayaran semula selama 10 tahun. Selepas - Mampu menyimpan RM2k sebulan, wang sentiasa ada & boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Hutang Kredit kad RM11k telah diselesaikan. Skg sy tidak memerlukan kredit kad lagi.. Penggunaan kredit kad hanya utk CASH ADVANCE shj.

Friday, April 27, 2007

Apakah itu Platform?

Dalam melaksanakan perbelanjaan harian dan pelaburan, sangatlah penting buat kita menyediakan jaring. Jaring ini akan bertindak agar kita tidak berbelanja lebih daripada kemampuan ataupun terjebak dalam timbunan hutang. Jika perlu juga ditanggungi hutang itu, jaring itu akan mematikan kita mendapat keuntungan daripada kadar faedah yang terendah yang dikenakan oleh pihak bank iaitu menerusi kemudahan overdraf. jaring yang dimaksukan ini juga dikenali sebagai Platform. Platform adalah perlu untuk kita melompat ke peringkat yang seterusnya kerana ia melibatkan kos tanggungan (overhead) yang rendah.
Apakah bentuk Platform yang dimaksudkan itu?
Sebenarnya terdapat 3 jenis Platform yang biasa kita dengar dan peroleh. i) Simpanan yang banyak ii) Sumbangan atau pinjaman kewangan dari ibu bapa atau saudara-mara yang tiada faedah iii) kemudaha overdraf daripada pihak bank.
Antara ketiga-tiga jenis platform itu, kebanyakan daripada kita kemungkinan besar tidak memperolehi faktor yan g pertama dan kedua. Bagaimanapun jenis yang ketiga iaitu kemudahan overdraf daripada pihak bank adalah dalam keupayaan kebanyakan kita di Malaysia ini.
Kita difahamkan bahawa kemudahan overdraf ini hanya untuk golongan peniaga sahaja. Sebenarnya ia tidak benar kerana banyak bank telah menyediakan kemudahan ini untuk digunakan oleh individu.
Walau bagaimanapun, sekarang ini dalam urusan perbankan yang semakin canggih, jenis kemudahan pinjaman overdraf yang biasa digunakan adalah dalam bentuk cagaran simpanan tetap, unit saham amanah dan juga kemudahan pinjaman perumahan.
Dalam kita merencanakan perbelanjaan harian dan pelaburan masa depan, kita perlu menilai dan mencari mana-mana kemudahan dan pakej yang disediakan oleh pihak bank yang menguntungkan kita. Sekiranya terdapat kemudahan yang disediakan yang memberi manfaat kepada kita dan tidak memerlukan kita mengeluarkan wang hasil titik peluh kita yang susah diperolehi, kenapa tidak!

Bagaimanakah Pihak Bank Membuat Penilaian Kredit?

Dokumen Yang Diperlukan Bila Membuat Pinjaman
a. Salinan Kad Pengenalan
b. Penyata gaji terakhir (3 bulan)
c. Salinan borang J/EA (penyata cukai) untuk 2 tahun terakhir
d. Surat pengesahan jawatan daripada majikan
e. Lain-lain dokumen yang boleh membantu seperti buku simpanan ASB, sijil-sijil saham ataupun lain-lain dokumen yang boleh menunjukkan kita banyak wang

Kita harus ingat pihak bank juga adalah seperti kita, jika kita mengetahui seseorang itu tiada pendapatan ataupun penyangak, mahukah kita meminjamkan wang kepada mereka?

Bagaimanpun perkara terpenting yang harus kita ketahui jika berurusan dengan bank adalah teknik penilaian kredit. Asas penilaian kredit pihak bank adalah berdasarkan kepada apa yang mereka gelar 4C atau 5C. Huruf C yang dimaksudkan ialah :-

1. Character (siapa dia)
2. Collateral (cagaran/sekuriti)
3. Capacity (keupayaan bayar balik)
4. Conditions (syarat2) dan akhirnya yang kebiasaannya untuk pinjaman perniagaan iaitu
5. Capital (m0dal)

Sunday, April 22, 2007

Maklumat Bengkel :

Jadual Bengkel Pengurusan Kewangan Peribadi:



  • 29 April 2007 - Shah Alam (Dewan Kuliah 1, UNISEL Shah Alam)
  • 5 Mei 2007 - Melaka (Kolej Komuniti Jasin, Merlimau Melaka)
  • 12 Mei 2007 - Johor Bahru (Dewan CTL, Blok F54, Bgn. Sek. Pengajian Siswazah, UTM)
  • 26 Mei 2007 - Seremban/Nilai (Akan dimaklumkan)
  • 27 Mei 2007 - Shah Alam (Dewan Kuliah 1, UNISEL Shah Alam)

Notis :

Bengkel di Melaka bertarikh 5hb. Mei 2007, 26hb. Mei 2007 di Seremban/Nilai dan 27hb. Mei 2007 di Shah Alam terpaksa dibatalkan atas sebab2 yang tidak dapat elakkan...

Soalan Yang Sering Di Tanya?

i. Perlu ke hadiri bengkel? Kalau nak jumpa dengan Encik Aziz terus, tak boleh ke?

Perlu, kerana Bengkel Pengurusan Kewangan Aziz Ibrahim CFP adalah satu langkah permulaan untuk memahami konsep dan idea tentang program ini .

Pendekatan dan teknik pengurusan kewangan yang digunapakai oleh En. Aziz sendiri adalah sesuatu yang unik dimana hanya beliau sendiri yang boleh menerangkan secara detail jika terdapat pertanyaan berkenaan model tersebut. Maka di sini bengkel tersebut memainkan peranan penting.

Tujuan diadakan bengkel tersebut ialah supaya konsep yang akan diguna pakai ini akan difahami oleh setiap pelanggan Encik Aziz kelak. Ianya juga bertujuan untuk memudahkan urusan/kerja bagi semua pihak kelak. Oleh itu, adalah tidak digalakkan untuk berjumpa terus dengan Encik Aziz sebelum menyertai mana-mana bengkel yang diadakan.

iii. Kalau pergi ke bengkel, apa yang saya dapat?

Jawapan pada soalan ini amatlah mudah iaitu ILMU PENGURUSAN KEWANGAN SECARA EFEKTIF.

Saturday, April 21, 2007

Kenapa Amanah Saham Bumiputera?

Tahukah anda bahawa di antara banyak-banyak unit amanah saham di Malaysia, Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah yang terbaik setakat ini (Khususnya untuk bumiputera)?
Kenyataan ini turut disokong oleh beberapa pakar kewangan bumiputera. Bagi yang bersikap konservatif terhadap pelaburan dan memerlukan pulangan yang konsisten, maka simpanan di dalam ASB adalah jawapannya. Selain berfungsi sebagai simpanan, sifatnya yang fleksibel dan kos operasi yang rendah ia merupakan satu-satunya instrumen pelaburan yang paling selamat untuk golongan seperti di atas.
Pelaburan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) juga dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Ini bermakna modal pelaburan/simpanan di dalam ASB tidak akan susut nilai.

153,676 Muflis Hutang Kad Kredit

Keratan Utusan Malaysia -1 April 2007

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk M. Kayveas mendedahkan setakat bulan lalu, seramai 153,676 orang diisytihar muflis kerana gagal menjelaskan hutang kad kredit.Menurut beliau, biarpun ia hanya mencakupi 20 peratus daripada faktor-faktor yang membawa kepada kebankrapan itu, trend penggunaan kad kredit semakin menjadi-jadi terutama di kalangan remaja.‘‘Ini kerana kad kredit mudah diperoleh, mereka boleh memohonnya di mana-mana termasuk di pusat membeli-belah atau di stesen minyak. ‘‘Keadaan menjadi lebih parah apabila bank memudahkan syarat permohonan malah mereka yang tidak mengemukakan permohonan boleh dapat ‘kad plastik’ ini,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Isu kad kredit mula timbul apabila Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir mendedahkan kira-kira 40 peratus daripada pemegang kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman mereka yang mencecah RM18.6 bilion.Sehingga November 2006, sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3.17 kad kredit.Selain Kayveas, pelbagai pihak seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) menyalahkan institusi kewangan kerana mudah mengeluarkan kad kredit untuk mengaut keuntungan.Beliau yang juga Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) meminta Bank Negara selaku penyelia institusi kewangan agar komited menangani isu tersebut supaya masalah itu tidak menjadi serius hingga sukar untuk dibendung kelak.‘‘Bank Negara perlu mengambil tindakan sewajarnya dan menyediakan garis panduan yang jelas seperti mengawal pengeluaran kad kredit oleh institusi kewangan.‘‘Badan itu perlu bertanggungjawab menyelesaikan isu ini kerana ia dipertanggungjawab menyelia semua institusi kewangan. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berlaku,’’ katanya.Beliau juga meminta pihak bank mengambil pendekatan pelan pinjaman untuk menggantikan kad kredit bagi membolehkan mereka yang memerlukan wang sahaja membuat pinjaman.

Kadar Faedah - Yang mana pilihan anda??

Pada asasnya kadar tetap dikira berdasarkan jumlah tahunan dan faedah tetap yg dikenakan. Sbg contoh, pembelian kereta RM50000 yg dikenakan faedah 5% serta bayaran balik utk 9 tahun, jumlah keseluruhan hutang dikira sebanyak RM50000 x 5% x 9 tahun + RM50000. Jumlah keseluruhan adalah RM77500 dan bayaran bulanan sebanyak RM672. Jumlah faedah yg dibayar berjumlah RM22,500 atau 45% dpd jumlah pinjaman.Kadar tahunan dikira berdasarkan kpd baki keseluruhan setiap tahun pada akhir kiraan buku. Contohnya, pinjaman RM50000 dgn faedah 5% dan byrn bulanan RM672, jumlah bulanan yg perlu kita bayar adalah sebanyak 7 tahun 8 bulan atau jumlah keselurhan sebanyak RM61414 ataupun jumlah faedah sebnayak RM11414 bersamaan dgn 22.8% dpd jumlah pinjaman. Sungguhpun contoh di atas menunjukkan faedah yg dikenakan pada kadar tahunan adalah lebih baik dpd kadar tetap, yg sebenarnya kadar bulanan adalah lebih baik dpd kadar tahunan manakala kadar harian tentunya lebih bagus dpd kadar bulanan malahan kadar harian merupakan kadar faedah yg terbaik buat kita dlm apa jua bentuk pinjaman yg diambil.Kadar bulanan dikira berpandu kpd hutang keseluruhan pd akhir setiap bulan. Contohnya, hutang RM50000 dgn faedah 5% dan byrn bulanan RM672, hutang kita dpt diselesaikan dlm tempoh 7 tahun 4 bulan atau jumlah keseluruhan sebanyak RM59136. Sejumlah RM9136 adalah untuk faedah atau 18.2% dpd keseluruhan pinjaman.Kadar harian pula banyak digunakan menerusi pinjaman Overdraft. Faedah dikira berdasarkan kepada baki harian keseluruhan pinjaman. Kadar ini menguntungkan kerana apabila kita mempunyai wang kita boleh buat pembayaran dan mengurangkan jumlah faedah yg dikenakan.Perbezaan ketara antara kadar bulanan dan kadar harian adalah pembahagi yg digunakan. Utk kadar bulanan adalah 12 manakala kadar harian ialah 365.Jika dikira secara kasar hutang RM50000, perbezaan faedah kadar bulanan sebanyak RM50000 x 5% x 1/12= RM208.33 berbanding kadar harian berjumlah RM50000 x 5% x 30/365=RM205.48. Penjimatan sebanyak RM2.85 dapat dilakukakn dgn menggunakan faedah kadar harian. ~ sumber: LEBUHRAYA BARU KEBEBASAN KEWANGAN oleh AZIZ IBRAHIM CFP