Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai medium perkongsian maklumat teknik kreatif, unggul dan pragmatik pengurusan kewangan yang dipelopori oleh Encik Aziz Ibrahim CFP. Pada masa yang sama, blog ini akan mewar-warkan bengkel Revolusi Kewangan yang akan diadakan.

Friday, April 27, 2007

Apakah itu Platform?

Dalam melaksanakan perbelanjaan harian dan pelaburan, sangatlah penting buat kita menyediakan jaring. Jaring ini akan bertindak agar kita tidak berbelanja lebih daripada kemampuan ataupun terjebak dalam timbunan hutang. Jika perlu juga ditanggungi hutang itu, jaring itu akan mematikan kita mendapat keuntungan daripada kadar faedah yang terendah yang dikenakan oleh pihak bank iaitu menerusi kemudahan overdraf. jaring yang dimaksukan ini juga dikenali sebagai Platform. Platform adalah perlu untuk kita melompat ke peringkat yang seterusnya kerana ia melibatkan kos tanggungan (overhead) yang rendah.
Apakah bentuk Platform yang dimaksudkan itu?
Sebenarnya terdapat 3 jenis Platform yang biasa kita dengar dan peroleh. i) Simpanan yang banyak ii) Sumbangan atau pinjaman kewangan dari ibu bapa atau saudara-mara yang tiada faedah iii) kemudaha overdraf daripada pihak bank.
Antara ketiga-tiga jenis platform itu, kebanyakan daripada kita kemungkinan besar tidak memperolehi faktor yan g pertama dan kedua. Bagaimanapun jenis yang ketiga iaitu kemudahan overdraf daripada pihak bank adalah dalam keupayaan kebanyakan kita di Malaysia ini.
Kita difahamkan bahawa kemudahan overdraf ini hanya untuk golongan peniaga sahaja. Sebenarnya ia tidak benar kerana banyak bank telah menyediakan kemudahan ini untuk digunakan oleh individu.
Walau bagaimanapun, sekarang ini dalam urusan perbankan yang semakin canggih, jenis kemudahan pinjaman overdraf yang biasa digunakan adalah dalam bentuk cagaran simpanan tetap, unit saham amanah dan juga kemudahan pinjaman perumahan.
Dalam kita merencanakan perbelanjaan harian dan pelaburan masa depan, kita perlu menilai dan mencari mana-mana kemudahan dan pakej yang disediakan oleh pihak bank yang menguntungkan kita. Sekiranya terdapat kemudahan yang disediakan yang memberi manfaat kepada kita dan tidak memerlukan kita mengeluarkan wang hasil titik peluh kita yang susah diperolehi, kenapa tidak!