Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai medium perkongsian maklumat teknik kreatif, unggul dan pragmatik pengurusan kewangan yang dipelopori oleh Encik Aziz Ibrahim CFP. Pada masa yang sama, blog ini akan mewar-warkan bengkel Revolusi Kewangan yang akan diadakan.

Friday, April 27, 2007

Bagaimanakah Pihak Bank Membuat Penilaian Kredit?

Dokumen Yang Diperlukan Bila Membuat Pinjaman
a. Salinan Kad Pengenalan
b. Penyata gaji terakhir (3 bulan)
c. Salinan borang J/EA (penyata cukai) untuk 2 tahun terakhir
d. Surat pengesahan jawatan daripada majikan
e. Lain-lain dokumen yang boleh membantu seperti buku simpanan ASB, sijil-sijil saham ataupun lain-lain dokumen yang boleh menunjukkan kita banyak wang

Kita harus ingat pihak bank juga adalah seperti kita, jika kita mengetahui seseorang itu tiada pendapatan ataupun penyangak, mahukah kita meminjamkan wang kepada mereka?

Bagaimanpun perkara terpenting yang harus kita ketahui jika berurusan dengan bank adalah teknik penilaian kredit. Asas penilaian kredit pihak bank adalah berdasarkan kepada apa yang mereka gelar 4C atau 5C. Huruf C yang dimaksudkan ialah :-

1. Character (siapa dia)
2. Collateral (cagaran/sekuriti)
3. Capacity (keupayaan bayar balik)
4. Conditions (syarat2) dan akhirnya yang kebiasaannya untuk pinjaman perniagaan iaitu
5. Capital (m0dal)