Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai medium perkongsian maklumat teknik kreatif, unggul dan pragmatik pengurusan kewangan yang dipelopori oleh Encik Aziz Ibrahim CFP. Pada masa yang sama, blog ini akan mewar-warkan bengkel Revolusi Kewangan yang akan diadakan.

Saturday, April 21, 2007

Kenapa Amanah Saham Bumiputera?

Tahukah anda bahawa di antara banyak-banyak unit amanah saham di Malaysia, Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah yang terbaik setakat ini (Khususnya untuk bumiputera)?
Kenyataan ini turut disokong oleh beberapa pakar kewangan bumiputera. Bagi yang bersikap konservatif terhadap pelaburan dan memerlukan pulangan yang konsisten, maka simpanan di dalam ASB adalah jawapannya. Selain berfungsi sebagai simpanan, sifatnya yang fleksibel dan kos operasi yang rendah ia merupakan satu-satunya instrumen pelaburan yang paling selamat untuk golongan seperti di atas.
Pelaburan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) juga dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Ini bermakna modal pelaburan/simpanan di dalam ASB tidak akan susut nilai.