Kawalan Kewangan Secara Efektif

Tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai medium perkongsian maklumat teknik kreatif, unggul dan pragmatik pengurusan kewangan yang dipelopori oleh Encik Aziz Ibrahim CFP. Pada masa yang sama, blog ini akan mewar-warkan bengkel Revolusi Kewangan yang akan diadakan.

Monday, April 30, 2007

Kenapa Perlu Ada Perancangan Kewangan?

  • Apabila kita memiliki lebih daripada satu kad kredit dan hanya mampu membayar 5% daripada jumlah yang digunakan
  • Tiada simpanan yang dapat dilakukan atau menyimpan kuranga daripada 10% gaji anda setiap bulan
  • Tiada simpanan untuk pelajaran anak-anak anda
  • Tiada simpanan untuk kecemasan
  • Terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung belanja / bayar hutang
  • Belanja tanpa kawalan rapi

Siapa Patut Hadir?

  • Mereka yang ingin bebas dari belenggu hutang
  • Mereka yang berhutang dan tidak tahu cara terbaik untuk membayarnya
  • Mereka yang bakal mendirikan rumahtangga & menghadapi masalah budget
  • Mereka yang suka berbelanja tanpa menjejaskan simpanan
  • Mereka yang ingin menggandakan simpanan
  • Mereka yang dikenakan CCRIS / CTOS
  • Mereka yang ingin hidup senang tanpa perlu bekerja keras i.e. bekerja lebih masa / berniaga
  • Mereka yang mempunyai wawasan dan ingin mengetahui teknik pengurusan kewangan yang efektif dan kreatif

STRUKTUR PROGRAM BERSAMA AZIZ IBRAHIM CFP


Testimonial

FaisalMN Shah Alam, Selangor

Saya telah memulakan program ini bermula pada 1 Oktober 2006 yang lalu. Sebelum - Tiada simpanan bulanan, tiada wang dlm kecemasan yg ada hanyalah Kredit Kad yg semakin habis digunakan. Sy juga ada membuat PL utk beberapa tujuan dan kini menanggung pembayaran semula selama 10 tahun. Selepas - Mampu menyimpan RM2k sebulan, wang sentiasa ada & boleh dikeluarkan pada bila-bila masa. Hutang Kredit kad RM11k telah diselesaikan. Skg sy tidak memerlukan kredit kad lagi.. Penggunaan kredit kad hanya utk CASH ADVANCE shj.

Friday, April 27, 2007

Apakah itu Platform?

Dalam melaksanakan perbelanjaan harian dan pelaburan, sangatlah penting buat kita menyediakan jaring. Jaring ini akan bertindak agar kita tidak berbelanja lebih daripada kemampuan ataupun terjebak dalam timbunan hutang. Jika perlu juga ditanggungi hutang itu, jaring itu akan mematikan kita mendapat keuntungan daripada kadar faedah yang terendah yang dikenakan oleh pihak bank iaitu menerusi kemudahan overdraf. jaring yang dimaksukan ini juga dikenali sebagai Platform. Platform adalah perlu untuk kita melompat ke peringkat yang seterusnya kerana ia melibatkan kos tanggungan (overhead) yang rendah.
Apakah bentuk Platform yang dimaksudkan itu?
Sebenarnya terdapat 3 jenis Platform yang biasa kita dengar dan peroleh. i) Simpanan yang banyak ii) Sumbangan atau pinjaman kewangan dari ibu bapa atau saudara-mara yang tiada faedah iii) kemudaha overdraf daripada pihak bank.
Antara ketiga-tiga jenis platform itu, kebanyakan daripada kita kemungkinan besar tidak memperolehi faktor yan g pertama dan kedua. Bagaimanapun jenis yang ketiga iaitu kemudahan overdraf daripada pihak bank adalah dalam keupayaan kebanyakan kita di Malaysia ini.
Kita difahamkan bahawa kemudahan overdraf ini hanya untuk golongan peniaga sahaja. Sebenarnya ia tidak benar kerana banyak bank telah menyediakan kemudahan ini untuk digunakan oleh individu.
Walau bagaimanapun, sekarang ini dalam urusan perbankan yang semakin canggih, jenis kemudahan pinjaman overdraf yang biasa digunakan adalah dalam bentuk cagaran simpanan tetap, unit saham amanah dan juga kemudahan pinjaman perumahan.
Dalam kita merencanakan perbelanjaan harian dan pelaburan masa depan, kita perlu menilai dan mencari mana-mana kemudahan dan pakej yang disediakan oleh pihak bank yang menguntungkan kita. Sekiranya terdapat kemudahan yang disediakan yang memberi manfaat kepada kita dan tidak memerlukan kita mengeluarkan wang hasil titik peluh kita yang susah diperolehi, kenapa tidak!

Bagaimanakah Pihak Bank Membuat Penilaian Kredit?

Dokumen Yang Diperlukan Bila Membuat Pinjaman
a. Salinan Kad Pengenalan
b. Penyata gaji terakhir (3 bulan)
c. Salinan borang J/EA (penyata cukai) untuk 2 tahun terakhir
d. Surat pengesahan jawatan daripada majikan
e. Lain-lain dokumen yang boleh membantu seperti buku simpanan ASB, sijil-sijil saham ataupun lain-lain dokumen yang boleh menunjukkan kita banyak wang

Kita harus ingat pihak bank juga adalah seperti kita, jika kita mengetahui seseorang itu tiada pendapatan ataupun penyangak, mahukah kita meminjamkan wang kepada mereka?

Bagaimanpun perkara terpenting yang harus kita ketahui jika berurusan dengan bank adalah teknik penilaian kredit. Asas penilaian kredit pihak bank adalah berdasarkan kepada apa yang mereka gelar 4C atau 5C. Huruf C yang dimaksudkan ialah :-

1. Character (siapa dia)
2. Collateral (cagaran/sekuriti)
3. Capacity (keupayaan bayar balik)
4. Conditions (syarat2) dan akhirnya yang kebiasaannya untuk pinjaman perniagaan iaitu
5. Capital (m0dal)

Sunday, April 22, 2007

Maklumat Bengkel :

Jadual Bengkel Pengurusan Kewangan Peribadi:



  • 29 April 2007 - Shah Alam (Dewan Kuliah 1, UNISEL Shah Alam)
  • 5 Mei 2007 - Melaka (Kolej Komuniti Jasin, Merlimau Melaka)
  • 12 Mei 2007 - Johor Bahru (Dewan CTL, Blok F54, Bgn. Sek. Pengajian Siswazah, UTM)
  • 26 Mei 2007 - Seremban/Nilai (Akan dimaklumkan)
  • 27 Mei 2007 - Shah Alam (Dewan Kuliah 1, UNISEL Shah Alam)

Notis :

Bengkel di Melaka bertarikh 5hb. Mei 2007, 26hb. Mei 2007 di Seremban/Nilai dan 27hb. Mei 2007 di Shah Alam terpaksa dibatalkan atas sebab2 yang tidak dapat elakkan...